“Hari ini, hari paling sedih” - Bapa Ashraf Muslim meninggal dunia - Utusan Malaysia

“Hari ini, hari paling sedih” – Bapa Ashraf Muslim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ashraf Muslim memaklumkan berita duka bapanya, Muslim Bulat telah menghembuskan nafasnya sekitar pukul 6.37 pagi hari ini.

Berita pemergian Allahyarham bapa pelakon tersebut dikongsi menerusi Instagram miliknya.

“Assalamualaikum semua , hari ini hari yang paling sedih. Ayah sudah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang.

“Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami,” ujar pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu.

Pelakon filem Cinta Bukan Malaikat yang mewakili arwah bapa, memohon ampun maaf atas khilaf sebelum ini dan memaklumkan untuk dihubungi sekiranya ada urusan yang belum selesai.

“Saya sebagai anak yang sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.

“Kalau ada hutang-hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.

“Insya-Allah, sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat yang istimewa di alam barunya bersama mereka yang beriman Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya