Hamil tiga bulan, Isteri Reza Hasbi positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Hamil tiga bulan, Isteri Reza Hasbi positif Covid-19

REZA memuat naik status berhubung isterinya yang ketika ini hamil tiga bulan dijangkiti Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Reza Hasbi mendedahkan isterinya, Rosedarlila yang kini hamil tiga bulan lebih dijangkiti Covid-19.

Jelas Reza, isterinya yang sudah lengkap dua dos vaksinasi namun belum cukup tempoh 14 hari kini berada di Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

“Saya mohon budi baik semua doakan isteri saya. Mohon doakan isteri anak-anak dan keluarga mentua saya di Subang. Terima kasih di atas doa kalian,” luah Reza di Instagram sebentar tadi.

Sementara itu, menjengah di akaun isterinya, Rose pada pukul 12 tengah malam tadi ada memuat naik hantaran gambar kit ujian calitan Covid-19 di InstaStory miliknya.

“Doakan saya dan kandungan,” coret Rose pada gambar kit ujian calitan Covid-19.

Keputusan calitan positif Covid-19.

Menerusi InstaStory sama, Rose turut berkongsi perkembangannya di Maeps.

Untuk rekod, pasangan Reza dan Rose selamat berkahwin pada 2015. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Rifqi Danial, 5, dan Muhammad Rafie Daiyan dua tahun tujuh bulan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya