PETALING JAYA: Pelakon popular, Fazura menzahirkan perasaan gembira dan teruja selepas menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Pelakon filem popular Pisau Cukur berkongsi perasaan terujanya itu, menerusi beberapa video pendek di Instastory yang dimuat naiknya tanda penghargaan.
Menerusi rakaman yang dikongsinya itu, kelihatan pelakon itu sedang membuka kotak hadiah yang berisi kepingan syiling emas serta beberapa buah buku keagaaman.
“MasyaAllah, dapat hadiah daripada permaisuri kesayangan saya. Junjung kasih Tuanku, Faz akan simpan syiling emas ini untuk Fatima.
“MasyaAllah, dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini. Sangat menyayangimu,” coretnya tanda penghargaan.
Bagaimanapun, Fazura tidak mendedahkan sebab dirinya menerima hadiah tersebut daripada Tengku Permaisuri Norashikin tersebut.