“Doktor dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada dan sebelah kiri bengkak” - Isteri Shahrol pohon doa warganet - Utusan Malaysia

“Doktor dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada dan sebelah kiri bengkak” – Isteri Shahrol pohon doa warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Anna Danisha mendedahkan cahaya mata keduanya, Ismail Rifqi hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja selepas disahkah doktor.

Malah, dia memberitahu juga buah pinggang di bahagian kiri anaknya itu disahkan mengalami bengkak.

Kini, Anna memaklumkan Ismail perlu mendapatkan rawatan segera kerana terpaksa bergantung pada satu buah pinggang sahaja.

“Doktor dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak.

“Ismail perlu dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak,” kongsinya di Instagram.

Sehubungan itu, dia memohon doa orang ramai agar mendoakan kesihatan dan kesejahteraan zuriatnya itu agar kembali sembuh.

“Anna mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak saya. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.

“Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian.Mana tahu atas sebab doa kalian, Allah angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak Anna.

“Selain itu, doakan Anna kuat. Luluh hati Anna bila melihat Ismail sakit. Sayu bila memandang muka dia,” katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet termasuk rakan artis turut sama menitipkan doa buat anak kesayangan kedua pasangan tersebut agar dipermudahkan segala urusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya