Dijangkiti Covid-19, mental kena kuat - Danish - Utusan Malaysia

Dijangkiti Covid-19, mental kena kuat – Danish

MUHAMMAD Danish Iskandar Muhammad Burhanuddin yang disahkan positif Covid-19 tahap dua akhir Ogos lalu, akui rasa gemuruh untuk kembali semula menjalankan tugas sebagai pelakon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan pelakon Danish kini semakin baik selepas menjalani kuarantin kendiri 11 hari di rumah pada 8 September lalu.

Danish atau nama sebenarnya Muhammad Danish Iskandar Muhammad Burhanuddin, 17, yang disahkan positif Covid-19 tahap dua akhir Ogos lalu, bagaimanapun perlu terus berwaspada.

“Syukur, keadaan saya bertambah baik dan kena terus berjaga-jaga serta amalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam keadaan apa sekalipun.

“Setakat ini selepas kuarantin, semua sakit sudah hilang kesan dengan mengamalkan pemakanan sihat, bersenam dan minum air secukupnya. Apa pun mental kena kuat dan selalu berfikiran positif.

“Saya juga selalu berpesan dan mengingatkan kawan-kawan sekiranya ada gejala Covid lekas ambil tindakan sebab sangat bahaya dan menyakitkan,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Shah Alam 40,000 itu, tidak menafikan terbitnya rasa gemuruh dalam diri untuk menjalani penggambaran pada masa akan datang ketika negara masih berdepan wabak berbahaya.

“Ada tetapi hanya mampu ikut SOP dan cuba menikmati lakonan yang akan saya bawa.

“Saya juga tidak mahu fikir tentang sakit yang pernah dialami supaya tidak menggangu emosi dan sentiasa bersedia dari segi kesihatan mental dan fizikal,” katanya.

Untuk rekod, ketika Danish diserang gejala sesak nafas, sakit sendi, dada dan demam panas pada 28 Ogos lalu, dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HK) kira-kira pukul 9 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya