PETALING JAYA: Penyanyi rap dan usahawan terkenal, Caprice memberitahu telah selamat tiba ke tanah air, malam ini, selepas lebih dua bulan menjalankan misi kemanusiaan di Jordan.
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu memuat naik satu video yang memaparkan dia sudah tiba di Kuala Lumpur menaiki sebuah van khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehubungan itu, dia turut berterima kasih kepada pihak PDRM kerana membantu mengawasi perjalanannya dari tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga ke hotel untuk kuarantin kendiri.
“Pulang semula ke Kuala Lumpur. Terima kasih kepada PDRM untuk memastikan semuanya selamat dari pintu pagar kapal terbang sepanjang jalan sampai hotel kuarantin.
“Pertama kali menaiki van polis, terima kasih juga kepada pihak-pihak yang membantu Caprice tadi.
“Alhamdulillah, seronok rasanya dapat balik ke rumah,” coretnya di Instagram.
Semalam, dia mendedahkan akan pulang ke tanah air Malaysia selepas beberapa bulan menjalankan misi bantuan.
Penyanyi Kau Hade berkongsi khabar berkenaan menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam semalam.