“Bukan satu perkara mudah” – Esma Danial ‘digilai’ remaja - Utusan Malaysia

“Bukan satu perkara mudah” – Esma Danial ‘digilai’ remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktor, Esma Danial tidak menafikan ramai peminat baharu daripada kalangan remaja mula mengikuti perkembangan karier dan peribadinya.

Jelas Esma, statistik di Instagramnya menunjukkan bilangan pengikut remaja merupakan angka paling ramai dan rata-rata mereka bermula di usia 15 tahun.

“Bagi saya ini satu pujian dan bangga sebab ada peminat generasi baharu. Tidak sangka pula, sukar untuk ada peminat muda yang tonton lakonan kita.

“Kalau keluar, ada juga peminat sebaya saya menyampaikan salam minat daripada anak-anak mereka (tertawa kecil),” kata Esma ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambah Esma, hal itu berlaku disebabkan dia rajin memuat naik perkongsian mengenai penglibatan dalam aktiviti kesihatan seperti berbasikal, gim dan berlari.

“Sebagai seorang pelakon, tubuh badan dan stamina kita kena sihat. Kalau tidak macam mana nak berlakon?

“Lagi satu aktiviti sebegitu, dapat memberi saya kelegaan selepas menjalani cabaran ketika berlakon,” jelasnya.

Menerusi akaunnya, pelakon ini rajin memuat naik gambar tanpa mengenakan baju dan majoriti gemar menyakat tubuh Esma yang dilihat semakin sasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya