“Bukan nak minta sedekah….” - Shuhaimi Lua - Utusan Malaysia

“Bukan nak minta sedekah….” – Shuhaimi Lua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Shuhaimi Lua menggesa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin agar menyemak semula secara teliti berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor kreatif.

Jelas Shuhaimi, SOP yang dilaksanakan untuk industri berkenaan bagaimanapun mengehadkan kerja mereka daripada pelbagai gelembung.

“Tolong tengok SOP penggambaran! Kami pun takut Covid-19. Apakan daya siapa nak suap nasi ke mulut kami? Minta maaf bukan tidak bersyukur.

“Setakat RM100, RM500 berapa hari sangat boleh bertahan? Itu kalau kami dapat. Tolong YB KJ tengok SOP penggambaran. Kami bukan nak minta sedekah.

“Kami ada kerja tapi tidak boleh nak buat. Stesen TV banyak pekerjaan sekarang. Industri kreatif masih mampu hidup. Cuma SOP mengekang kami dengan bermacam-macam gelembung!,” luahnya di Instagram.

Shuhaimi berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan KJ berhubung SOP Covid-19 baharu akan diumumkan tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak sektor dapat dibuka.

Setakat ini, SOP sektor kreatif masih tidak membenarkan sebarang bentuk penggambaran dijalankan di negeri fasa satu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya