“Bila sekolah nak buka bising, bawa anak berpusu-pusu tak takut pula” -Michael Ang - Utusan Malaysia

“Bila sekolah nak buka bising, bawa anak berpusu-pusu tak takut pula” -Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang tampil memberi reaksi mengenai mentaliti segelintir rakyat Malaysia terhadap situasi ketika ini.

Menurut Michael, dia mempersoalkan apabila segelintir ibu bapa tidak berpuas hati apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan kerana risau keselamatan anak-anak mereka susulan virus Covid-19.

Namun pada masa yang sama, segelintirnya turut berpusu-pusu keluar membawa keluarga termasuk anak-anak kecil berkelah di kawasan air terjun atau beberapa lokasi lain berikutan kelonggaran Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

“Selamat Hari Malaysia, tapi layak ke kita sambut? Tidak faham mentaliti segelintir rakyat Malaysia! Bila sekolah nak buka, ibu bapa bising tentang keselamatan anak.

“Bila kerajaan beri kelonggaran, kau orang boleh pula membawa anak-anak pergi air terjun, bercuti serta berkelah. Berpusu-pusu tak takut pula pasal anak-anak kalian!

“Tolong fahamkan aku mengenai apa yang kamu semua fikir dan nak? Satu lagi, tempat awam bukan tong sampah kau orang, janganlah jadi sampah masyarakat ya!” tegasnya di Instagram.

Tinjau Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi mereka berhubungi isu berkenaan menerusi ruangan komen.

Ada segelintirnya mempersoalkan terdapat ibu bapa yang tidak risau akan keselamatan anak-anak ketika melakukan aktivit berkenaan, sedangkan prosedur operasi di sekolah lebih selamat dan teratur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya