“Bila sampai jodoh, Allah akan kirimkan yang terbaik” -Daiyan Trisha - Utusan Malaysia

“Bila sampai jodoh, Allah akan kirimkan yang terbaik” -Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha menyifatkan dirinya enggan terburu-buru mengenai soal perkahwinan.

Kongsi penyanyi lagu Penat itu, dia menitipkan rasa bersyukur dapat menikmati segala rezeki yang dikurniakan Allah buat dirinya, pada ketika ini.

Katanya juga, dia amat senang dengan kehidupannya kini apabila dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya sebagai anak seni.

“Tidak, saya tidak tergesa-gesa akan perkahwinan. Saya baik-baik sahaja dan sihat, Alhamdulillah.

“Saya mempunyai semua yang diperlukan. Saya juga sukakan kerjaya sekarang ini dan dapat melakukan apa sahaja yang saya ingin melakukan,” ciapnya di akaun Twitter miliknya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warga Twitter menzahirkan rasa setuju dengan coretan bermakna yang disampaikan oleh pelakon drama Projek: Anchor SPM itu.

Menerusi ruangan komen yang sama, ada juga segelintir warganet yang berseoloroh mencuba nasib untuk memikat hati si cantik manis itu.

“Jangan tergesa-gesa awak, yang terbaik untuk anda pasti tiba.

“Apabila tiba waktunya, saya akan memberi sebentuk cincin kepada awak,” tulis peminatnya menerusi ruangan komen tersebut.

Sebelum ini, Daiyan memaklumkan adik perempuannya selamat diijab kabulkan menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naiknya di entri Instagram.

Menjengah di ruangan komen, segelintir peminatnya tampil bertanyakan soalan bilakah penyanyi tersebut pula ingin menamatkan zaman bujangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya