PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan cara pembedahan di sebuah hospital di Kuala Lumpur tepat pukul 7.07 malam semalam.
Perkembangan tersebut dimaklumkan pelakon yang juga suami Ayda, Nabil Mahir.
Kata Nabil 33, dia bersyukur apabila proses pembedahan yang berjalan lancar.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pukul 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya.