Asfan, Kmy Kmo dan Tripdisk mara ke Kanada - Utusan Malaysia

Asfan, Kmy Kmo dan Tripdisk mara ke Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lagu runut bunyi filem Warkah yang berjudul Sifar terbitan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 2019, terpilih untuk bertanding dalam kategori Music Is Key di International Media Festival For Prevention (IMFP) sempena Kongres Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dunia XXII di Toronto, Kanada.

Single hasil kolaborasi Perkeso bersama komposer Asfan Shah dan Tripdisk serta penyanyi rap, Kmy Kmo menjadi satu daripada tiga finalis kategori berkenaan, pada IMFP yang mengiktiraf filem dan karya multimedia yang mengangkat tema keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pada tahun ini, IMFP menerima 289 penyertaan dari 40 negara di seluruh dunia dan dianjurkan setiap tiga tahun sempena Kongres Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dunia.

PERKESO melalui kenyataan media menyebut, Sifar adalah lagu genre moden kontemporari yang menjadi runut bunyi filem Warkah yang diterbitkan bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan jaringan keselamatan sosial termasuk inisiatif pencegahan kemalangan terutama dalam kalangan generasi muda.

“Lagu ini turut menyelitkan elemen Vision Zero iaitu transformasi terhadap aspek pencegahan menggabungkan elemen keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan yang diperkenalkan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).

Panduan ini adalah bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja dan penyakit akibat pekerjaan seperti yang dipaparkan dalam lirik Sifar,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sejak dilancarkan pada November 2019, Sifar yang dimuat naik beberapa kali di YouTube dengan menarik lebih 700,000 tontonan.

“PERKESO berharap pencalonan Sifar pada IMFP dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Kita juga berharap ia dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat Malaysia terutama anak muda mengenai kepentingan memperoleh perlindungan keselamatan sosial melalui cara yang lebih kreatif dan dekat di hati mereka.

“Ini amat penting sejajar dengan peningkatan tenaga kerja muda dalam pelbagai sektor ekonomi serta perluasan ekonomi gig yang menjadi pilihan ramai sebagai kerjaya.

“Harapan PERKESO adalah untuk mengibarkan bendera Malaysia sebagai juara di pertandingan peringkat antarabangsa ini,” katanya.

Lagu Sifar boleh ditonton melalui laman YouTube rasmi Perkeso di pautan https://youtu.be/5hcbcpSLMhc.

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 22 September 2021 ini sempena majlis pembukaan Kongres Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dunia XXII.

IMFP boleh diikuti di pautan https://mediainprevention.org/en/festival.html bermula 20 September sehingga 23 September 2021.

Senarai penuh calon boleh diakses di https://mediainprevention.org/en/entries-2021.html.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya