PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon versatil, Ayda Jebat tampil mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya sekaligus berkongsi nama penuh bayi perempuannya itu, di Instagram.
Menerusi entri yang sama, penyanyi lagu popular Pencuri Hati itu mengumumkan nama cinta hati hati mereka iaitu Ana Nayla Ahmad Nabil.
Sehubungan itu, Ayda sempat memohon doa warganet agar kelahiran bayi sulungnya itu sentiasa dilindungi dan menjadi anak yang baik.
“Assalamualaikum uncles dan aunties! Sepatutnya keluar hari ini tetapi tidak sabar nak jumpa uncle aunty!
“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi serta menjadi anak yang baik ya,” kongsi Ayda di Instagram.
Sebelum ini, Ayda telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan cara pembedahan di sebuah hospital di Kuala Lumpur tepat jam 7:07 malam, pada 21 September.
Sekadar informasi, penyanyi itu mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga pengacara terkenal, Nabil Mahir, pada 1 Januari lalu.