“Aishah seorang yang menjaga kesihatan” - Razman - Utusan Malaysia

“Aishah seorang yang menjaga kesihatan” – Razman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal, Razman menyifatkan penyanyi Aishah seorang yang peka dengan kesihatannya.

Walau bagaimanapun, Razman terkejut apabila mendengar khabar duka Aishah dijangkiti Covid-19.

“Saya sangat terkejut dan berharap kak Aishah akan pulih seperti sedia kala. Sama-samalah kita doakan kesihatannya kembali stabil dan semoga Allah kuatkan dia untuk melawan wabak ini.

“Kak Aishah seorang yang sangat menjaga kesihatannya. Tapi apa boleh buat… semuanya sudah ketentuan-Nya. Ini juga dugaan untuk kita semua. Kepada kak Aishah jangan putus berdoa ya,” ujarnya ketika dibubungi Utusan Malayia.

Dalam pada itu, pereka fesyen ini menyeru orang ramai bersama-sama memanjatkan doa.

“We love you (kami sayangkan) kakak Insya-Allah segalanya akan baik-baik dan dipermudahkan. Kepada semua yang positif juga teruskan semangat.

“Dengan ini saya menyeru semua kawan dan kenalan serta peminat kak Aishah mendoakan kesihatannya cepat sembuh Insya-Allah,” akhirinya.

Sebagai informasi, Aishah, 56, dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta dan dikejarkan ke hospital berikutan paras oksigen merosot.

Dalam perkembangan lain, tahap oksigen penyanyi yang sebelum ini stabil, turun mendadak selepas tiub pernafasannya ditanggalkan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya