“Woi! Hang rakam apa!” -Video mirip pelawak popular tular di Twitter - Utusan Malaysia

“Woi! Hang rakam apa!” -Video mirip pelawak popular tular di Twitter

Rakaman video yang tular di Twitter malam tadi mendakwa seorang pelawak popular sedang berurus niaga dengan seorang penunggang motosikal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular di entri Twitter malam tadi, apabila didakwa seorang pelawak popular dikaitkan dalam satu video sedang berurusan dengan seorang penunggang motosikal.

Menerusi video yang dirakam, individu yang dikatakan mirip salah seorang pelawak terkenal itu tiba-tiba mengamuk apabila menyedari urusan yang dilakukan dengan seorang penunggang motosikal sedang dirakam.

“Woi! Hang rakam apa!” kata individu berkenaan kepada perakam video tersebut.

Menerusi video pendek itu juga, individu berkenaan memarahi si perakam berkenaan menggunakan loghat utara sambil meluru keluar dari kereta jenis perodua Myvi.

Melalui ciapan yang sama, rata-rata warganet dilihat mula berteka-teki menerusi ruangan komen berkenaan.

“Rajin pelawak zaman sekarang ini, macam-macam kerja mereka buat.

“Hari itu seorang jadi tauke ayam. Yang ini tak pasti tauke sayur atau air batu,” kata seorang pengguna Twitter menerusi ciapan tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya