‘Untuk kesayangan semua, Kakak Lina sihat’ - Elly Mazlein dimasukkan ke hospital - Utusan Malaysia

‘Untuk kesayangan semua, Kakak Lina sihat’ – Elly Mazlein dimasukkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein dimasukkan ke hospital ekoran sakit belakang di alaminya.

Elly yang sedang hamil enam bulan mengesahkan perkara tersebut menerusi satu entri di Instagram hari ini.

“Untuk kesayangan semua, Kakak Lina sihat, cuma ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah sekarang sudah boleh gerakkan badan.

“Sekejap lagi buat Pengimejan Resonans Magnetik (MRI),” tulisnya.

Pada masa yang sama, penyanyi ini juga turut memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan mendapati bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat.

“Tadi periksa baby Megat, Alhamdulillah baby sihat (6 bulan),” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Elly turut terus mendoakan kesembuhan rakan baiknya yang juga penyanyi, Siti Sarah Raisuddin yang kita bertarung nyawa di hospital akibat Covid-19.

“Tasya @sitisarahraissuddin, Jan doa dari hospital ya, tidak dapat nak sertai Zoom meeting. Jan sentiasa ingat Tasya (Siti Sarah). Sayang awak Tasya,” tulisnya sayu.
m

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya