Tompi usahakan produk kecantikan - Utusan Malaysia

Tompi usahakan produk kecantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tidak hanya dikenali sebagai doktor dan juga penyanyi, Tompi kini mengembangkan lagi kebolehannya dalam bidang perniagaan.

Memetik laporan Liputan6, Tompi atau nama penuhnya Teuku Adifitrian bersama isteri, Arti Indira mengusahakan produk kecantikan, Geut by Dr.T.

Tompi berkata dia dan isterinya terpanggil mengusahakan produk berkenaan untuk membantu orang ramai mengatasi masalah kulit yang mengganggu mereka.

“Berdasarkan pengalaman sebagai doktor kulit, ramai individu yang datang mendapatkan rawatan menghadapi masalah kulit yang sama iaitu terdapat pembuluh darah halus berserta kulit kering dan nipis.

“Padahal mereka sering melakukan rawatan kulit wajah,” katanya.

Tompi berkata, dia sekian lama mengusahakan formula produk tersebut yang sebelum ini hanya diberikan untuk pesakit-pesakitnya sahaja.

Namun katanya, disebabkan maklum balas yang memberansangkan, dia memutuskan untuk menjualnya kepada umum.

“Semua sukakannya. Kerana itu kami memutuskan untuk menjualnya di pasaran,” katanya lagi.

Tompi yang berasal dari Aceh, Indonesia meningkat popular menerusi beberapa album termasuk T, Playful dan My Happy Life.

Selain itu, Tompi juga merupakan seorang pakar bedah plastik lulusan Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya