Tidak mustahil akan cecah 24,000 kes sehari - Jasmin Hamid - Utusan Malaysia

Tidak mustahil akan cecah 24,000 kes sehari – Jasmin Hamid

JASMIN HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Jasmin Hamid, mengingatkan semua warganet dan pengikutnya agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ekoran kes harian virus Covid-19 yang  semakin meningkat.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama Cukup Derita Itu juga menyeru orang ramai agar tidak mementingkan diri sendiri yang akhrinya akan menjadi punca peningkatan kes tersebut.

Malah, dia juga berpendapat tidak mustahil kes harian virus berkenaan akan makin bertambah hari demi hari sementelah saringan secara besar-besaran telah dilakukan pada masa ini.

“Tiada kata lagi selain dari reda. Tidak mustahil satu masa nanti, akan cecah 24,000 kes sehari sebab saringan besar-besaran yang sedang dilakukan.

“Apa yang kita boleh buat adalah terus patuh pada SOP untuk mengelakkan kita dan keluarga dijangkiti.

“Jangan pentingkan diri sendiri! Jangan keluar jika tiada hal penting kerana virus dah semakin mengganas,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, dia juga memohon kepada orang ramai agar memberhentikan pertelagahan antara satu sama lain sebelum Allah menurunkan azab-Nya buat kita semua.

“Kita semua dah penat, tetapi Allah juga ‘penat’ melihat hambanya yang tidak putus-putus bergaduh sesama sendiri.

“Oleh kerana itu, saya mohon dan doakan agar hentikanlah segala persengketaan dan kembalilah pada-Nya sebelum Allah menurunkan azab yang lebih pedih kepada kita semua.

“Selain itu, jangan lupa bersyukur dengan nafas yang masih Allah pinjamkan untuk kita,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya