Terkait rasuah, Anthony Wong ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong - Utusan Malaysia

Terkait rasuah, Anthony Wong ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong menahan penyanyi, Anthony Wong atas dakwaan rasuah sekitar tiga tahun lalu.

Suruhanjaya tersebut dalam kenyataan memaklumkan Anthony dipercayai menghasut penonton untuk mengundi calon pro demokrasi, Au Nok-hin ketika membuat persembahan dalam sebuah kempen pilihan raya kecil sekitar tahun 2018.

“Menyediakan makanan dan hiburan ketika berkempen adalah satu tindakan rasuah dan kesalahan serius yang bertentangan dengan peraturan pilihan raya,” jelasnya.

Media tempatan melaporkan Wong telah dibebaskan dengan ikat jamin manakala Nok-hin masih ditahan sejak Mac lalu.

Anthony meraih populariti sekitar tahun 1980 ketika menyertai kumpulan Tat Ming Pair sebelum bergerak solo pada tahun seterusnya.

Beliau adalah penyokong tegar gerakan demokrasi dan merupakan antara peserta protes 2019 serta protes revolusi umbrella yang hampir melumpuhkan Hong Kong pada 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya