Tangisan Almy Nadia, khuatir kehamilan - Utusan Malaysia

Tangisan Almy Nadia, khuatir kehamilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan isteri kepada Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia, 35, dilihat terlalu terkesan dengan pemergian Allahyarhamah penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia selepas melahirkan anak selain berjuang dengan wabak Covid-19 hari ini.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Almy dilihat menangis teresak-esak sambil dipeluk dan cuba ditenangkan oleh Fizz.

Menurut Almy, dia menangis kerana dibelenggu dengan perasaan sebagai seorang ibu sementelah dirinya juga sedang hamil anak keempat dengan kandungan kini memasuki usia enam bulan.

“Mesti ada yang tanya kenapa saya menangis. Saya menangis sebab perasaan seorang ibu. Perasaan seorang ibu yang mengandung. Perasaan seorang isteri.

“Tiada apa yang nak digambarkan sekarang dan hanya dengan tangisan. Maaf saya menangis sebab takut. Semua perasaan saya cukup lengkap sekarang,”katanya.

Menerusi hantaran tersebut, turut dilihat beberapa teman artis dan selebriti meninggalkan komen sambil cuba menenangkan pelakon ini.

Antara selebriti tersebut termasuk Nad Zainal yang memohon agar Almy mencuba untuk bertenang.

“Almy kena tenang… faham..mencabar jadi ibu. Nak pula hamil ketika pandemik. Almy kuat. Saya pula yang koyak tengok ini,”kata Nad.

Selain itu, penyanyi Tasha Manshahar juga meninggalkan komen di Instagram Almy dan mengaku memahami perasaan wanita tersebut.

“Kakak Datin. Saya faham sangat awak. Kita yang sedang mengandung ini, ada anak kecil, rasa sedih sangat Ya Allah. Macam ini jugalah saya dan Raqib menangis di rumah.

“Semoga Allah pelihara kita semua. Semoga abang Shuib sekeluarga diberi ketabahan menempuh kehilangan besar ini. Amin,”katanya.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk seorang anak angkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya