KUALA LUMPUR: Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak kini mula dipenuhi orang ramai termasuk petugas media yang menunggu ketibaan jenazah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin.
Keadaan di tanah perkuburan ini terkawal dengan kehadiran tiga anggota polis yang berkawal di sekitar perkarangan tanah perkuburan.
Orang ramai yang hadir rata-rata mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.
Jenazah penyanyi Siti Sarah Raissuddin dijangka tiba di tanah perkuburan ini sekitar 1 petang nanti.