“Tak fikir malu dan sensitiviti” - Emelda - Utusan Malaysia

“Tak fikir malu dan sensitiviti” – Emelda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Emelda Rosemila berang dengan sikap segelintir pempengaruh yang mengejar kandungan media sosial semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai.

Menurut pelakon filem Sangkar itu, kandungan yang ingin dimuat naik sepatutnya ditapis terlebih dahulu dan jangan obses dengan media sosial.

“Ya Allah manusia sekarang ini habis semua benda nak dijadikan content. Punyalah nak raih ramai orang tonton sampai buat apa sahaja tak fikir malu, tak fikir sensitiviti.

“Tapis sikit apa yang nak dikeluarkan. Content ini pun sudah menjadi seperti satu ketagihan hinggakan tiada segan silu. Tidak perlu perlu taksub dengan media sosial sampai segalanya nak dijadikan bahan.

“Ada yang kita perlu tunjuk kepada orang ramai, ada yang kita perlu jaga dan simpan untuk diri sendiri. Kawal sikit kadang-kadang kita tidak sedar,” ujarnya di Instagram dengan memuat naik artikel berkenaan Aisar Khaled.

Jelasnya lagi, gara-gara mengejar kandungan media sosial semata-mata, pempengaruh sampai lupa daratan.

“Yang ambil cerita aib artis lepas itu masukkan dalam YouTube dengan harapan akan banyak tontonan nanti banyaklah pendapatan. Selepas itu sebarkan pula dalam IG buat cerita panas fasal orang, raih lebih pengikut dan buat IG review, rasanya macam mana itu?

“Sudah hilang nilai-nilai ahklak manusia yang baik, sifat malu sopan santun. Semuanya fasal content. Ramai manusia sekarang suka tagih pujian. Pujian itulah dugaan sebenarnya. Bersederhanalah ya. Fikir baik-baik ya, harap kita boleh jadi lebih baik daripada pelbagai sudut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya