Solat jenazah ghaib buat Allahyarham Siti Sarah di Masjidil Haram - Utusan Malaysia

Solat jenazah ghaib buat Allahyarham Siti Sarah di Masjidil Haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan usahawan, Shuib berasa terharu dengan kasih sayang yang ditujukan orang ramai terhadap arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi menghadap Ilahi awal pagi Isnin.

Terbaharu, Shuib memuat naik perkongsian kiriman rakaman solat jenazah ghaib diadakan di dalam Masjidil Haram, Mekah.

“Allahuakbar, Allah Maha Besar. Allah terlalu sayang awak ibu, bergembiralah di syurga bidadari ku Siti Sarah,” coretnya.

Sementara itu, pada majlis bacaan tahlil malam semalam, difahamkan lebih 300 orang telah mendirikan solat jenazah ghaib buat penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham Siti Sarah di masjid sekitar daerah Mekah selepas waktu Zuhur, Arab Saudi, semalam.

Pada majlis yang dipimpin oleh Ustaz Tarmizi Rahman, lebih 600 rakan industri hiburan termasuk pengamal media turut serta dalam majlis mulia itu.

Untuk rekod, awal pagi Isnin, penyanyi Kesetiaan, telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas berperang nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Kemudian, jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan selepas waktu Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya