Shuib fobia, tahap oksigen abang Allahyarham Siti Sarah menurun - Utusan Malaysia

Shuib fobia, tahap oksigen abang Allahyarham Siti Sarah menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak, Shuib memaklumkan bahawa abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan wabak Covid-19.

Menurut Shuib, tahap kandungan oksigen dalam badan abang kepada Allahyarham Siti Sarah menurun dan membuatkan dia berasa fobia mendengarkan perkhabaran tersebut.

“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin dan oksigen dia juga semakin menurun. Tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang.

“Saya jadi fobia… Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigennya antara 94 dan 95 peratus.

“Saya cakap, tidak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya