JAKARTA: Bintang era 90-an, Windy Chindyana tampil berhijrah dengan mengenakan hijab.
Pelakon filem Gairah Tabu dan Bisikan Nafsu ini mendedahkan populariti bukan lagi keutamaan dan ingin meninggal dunia dalam husnul khotimah.
Menurut portal Liputan6, Kata Windy dirinya membuat keputusan untuk berhijrah apabila pulang ke Indonesia selepas pulang daripada mengerjakan umrah.
“Selepas pulang umrah, saya seperti mendapat hidayah. Terus ingin mendalami lagi ilmu agama, mula mengaji dan masuk sertai majlis ilmu (agama),” katanya.
Windy berkata, dia berpegang kepada usaha dan kejayaan. Katanya, hidup perlu dinikmati sebaik mungkin sehingga kejayaan itu dapat dinikmati.
“Hidup adalah pilihan dan ternyata pilihan saya adalah mencari syurga Allah. Sekarang saya merasakan kedamaian hidup, ketenangan batin yang belum pernah saya rasakan sebelum berhijrah.
“Sekarang saya memperbanyakkan ibadah dan amal soleh. Saya tidak terlalu berhabis dengan urusan dunia, saya berasa aman dengan kehidupan sekarang,” katanya lagi.
Populariti Windy memuncak sekitar 1993 dan 1994 dengan penglibatan dalam filem-filem ternama antaranya Esek-esek yang melonjakkan lagi nama pelakon ini.
Kali terakhir dia aktif berlakon adalah sekitar tahun ini menerusi filem Ranjang Pemikat dan Susuk Nyi Roro Kidul.