“Saya pernah ditindih” - Bilik Zarul Umbrella setingkat bilik mayat - Utusan Malaysia

“Saya pernah ditindih” – Bilik Zarul Umbrella setingkat bilik mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Umbrella, Zarul yang juga merupakan bekas pramugara mendedahkan dia pernah “ditindih” ketika transit di destinasi luar negara.

Berkongsi kisah seram dalam bilik hotel di Instagram, Zarul atau Zairulkefli Husin, berkata, kelebihan menjadi pramugara di syarikat penerbangan terkemuka mereka disediakan penginapan bertaraf enam bintang.

“Seronok bila dapat hotel yang cantik lima dan kadang-kadang enam bintang. Tapi tidak seronok kalau dapat bilik hotel yang berhantu dan “keras”.

“Tidak dinafikan hal ini selalu saya dengar daripada para senior dan saya sendiri pun pernah alami situasi mistik ini bila kena “tindih” dekat sebuah hotel yang mana dulunya hotel itu adalah sebuah hospital.

“Pula bilik saya itu dulu satu tingkat dengan bilik mayat, seram!,” coretnya yang mengajak anak-anak kapal lain untuk berkongsi sama kisah seram.

Zarul yang juga aktif sebagai YouTuber akan berkongsi banyak lagi pengalamannya “disambut penyambut tetamu” dalam bilik hotel menerusi saluran You Tube miliknya.

Menjengah ruangan komen, Utusan Malaysia mendapati ramai pramugara dan pramugari serta mantan anak kapal mula membanjiri dengan kisah seram dalam bilik hotel ketika transit di destinasi masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya