"Saya minta maaf" - Isu Blackpink, BTS, pemuda mohon maaf kepada Shuib - Utusan Malaysia

“Saya minta maaf” – Isu Blackpink, BTS, pemuda mohon maaf kepada Shuib

SHUIB bersendirian di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak selepas selesai pengebumian arwah isterinya. Siti Sarah Raissuddin. - UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara memuat naik beberapa hantaran berbaur ‘makian’ terhadap pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu serta isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, seorang pemuda telah dihentam rata-rata warganet di media sosial.

Menerusi entri Twitter, seorang individu memuat naik beberapa tangkap layar menerusi ciapannya yang menunjukkan pemuda berkenaan rancak mengeluarkan kata-kata kesat di Instastorynya yang membabitkan kedua-dua nama selebriti itu.

Bagaimanapun, individu tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pihak Shuib, menerusi satu rakaman video yang dimuat naiknya di entri Instagram bernama @Raptorpool.

“Saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran mengeluarkan kata-kata kesat beberapa hari lepas kepada abang Shuib dan arwah Siti Sarah Raissuddin ekoran sikap saya yang tidak bertanggungjawab.

“Saya juga menerima kecaman daripada netizen yang mengaibkan keluarga dan kawan saya, mereka tidak bersalah. Dengan video ini, saya membuat permohonan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

“Saya akan perbaiki dan berhati-hati untuk mengeluarkan kata-kata selepas ini. Harap abang Shuib dapat menonton video ini sekali gus memaafkan perbuatan saya. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada saya,” katanya di Instagram.

Sebelum ini, dalam paparan Instagram live yang ditonton lebih 500,000 ribu orang itu, Shuib sempat meninggalkan nasihat buat peminatnya supaya sentiasa mengidolakan Rasulullah SAW serta tidak leka dengan selebriti Korea seperti Blackpink dan BTS.

Kemudian, tambahnya lagi manusia tidak seharusnya dijadikan idola kerana ia tidak mendatangkan sebarang pahala buat mereka.

Sehubungan itu, nama pelawak itu dan arwah isterinya telah dipetik oleh seorang peminat Kpop yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut menerusi Instagram live berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya