JAKARTA: Gara-gara salah alamat, tuntutan cerai pengacara cantik, Dita Fakhrana terhadap suami, Ilham Akbar Prawira dibatalkan Mahkamah Agama Jakarta Selatan.
Lapor media tempatan, pembatalan itu dimaklumkan pegawai hubungan masyarakat mahkamah berkenaan, Taslimah.
Katanya kesilapan itu telah mengakibatkan tuntutan cerai yang dibuat pengacara rancangan Malam Malam itu ditolak mahkamah dengan serta merta.
“Maka, berhati-hati dengan hal ehwal berkaitan alamat.
“Orang tidak bertempat tinggal dianggap sebagai maklumat tidak tepat.
“Jadi mereka masih belum bercerai kerana perkara yang diajukan tidak diterima” katanya.
Dita atau nama penuhnya Dita Fakhrana Utami, 27, menuntut permohonan cerai daripada suaminya sekitar April tahun ini.
Tuntutan itu dibuat setelah berlaku keretakan dalam rumah tangga pasangan suami isteri itu.
Dita dan Ilham berkahwin sekitar Mac tahun lalu dan sehingga kini mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.