‘Sakit yang tak pernah surut’ - Elyana - Utusan Malaysia

‘Sakit yang tak pernah surut’ – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Elyana tampil berkongsi perasaan dalam berdepan kesakitan dialaminya apabila memuat naik beberapa perkongsian Instastory yang agak menyentuh perasaan baru-baru ini.

Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 34, menerusi perkongsian berkenaan menceritakan rasa sakit dialami yang disifatkannya tidak pernah surut.

“Sakit yang tak pernah surut. Terbaring dalam bilik, sambil dengar suara anak. Kau nak, tapi tidak ada daya.

“Semoga aku diberi peluang untuk merasa sihat. Masih adakah peluang?” tulisnya.

Dalam beberapa perkongsian Instastory yang lain, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini turut bercerita tentang dirinya yang terpaksa kuat demi anak-anak.

“Tenaga keluar bagaikan air mengalir. Menahan sakit itu penat. Lalu harus aku paksakan diri untuk kuat demi mereka.

“Doa dan kata-kata semangat menjadi ‘energy booster,” tulisnya.

Namun kejujuran penyanyi yang mesra disapa Nana ini akhirnya menyerlah dalam beberapa lagi perkongsian Instastory yang lain.

“Ya, aku bohong. Aku bohong untuk terlihat kuat. Aku bohong supaya mereka yang aku sayang tidak risau.

“Lelah. Bohong itu sangat melelahkan. Allah maha baik. Hari ke sehari kebohongan menjadi realiti.

“Kekuatan yang aku lakonkan menjadi sebati dalam diri. Bahagian tubuh mana yang aku tak sakit? Semua sakit. 10 tahun. Semua sakit,” tulisnya panjang.

Elyana yang sejak 2010 mendirikan rumah tangga bersama suami, Khairul Anuar Husin dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah. Pada 2018, penyanyi ini telah mengambil seorang anak angkat lelaki.

Elyana yang pernah membintangi filem Dukun, sekian lama bertarung dengan kanser limfoma tahap empat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya