"Rindu mak tapi nak lawat tak boleh..." - Achey - Utusan Malaysia

“Rindu mak tapi nak lawat tak boleh…” – Achey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan ibu pelawak dan pelakon, Achey, Ngaisah Hassan kini dilaporkan beransur stabil namun masih dalam pemantauan ketat berikutan tahap oksigen rendah.

Kongsi Achey kepada Utusan Malaysia, doktor akan melakukan ujian CT Scan bagi mengenal pasti punca tahap oksigen rendah ibunya yang berkemungkinan disebabkan kesan sampingan Covid-19 sebelum ini.

“Doktor baru sahaja kemas kini tahap kesihatan ibu. Dia akan menjalani ujian CT Scan untuk kenal pasti punca tahap oksigen yang rendah. Mak stabil tetapi masih high risk. Oksigen dia rendah sangat.

“Doktor juga belum pasti sama ada puncanya adalah pankreas atau kesan sampingan Covid-19 hari itu. Tolong ya doakan kesihatan dan kesembuhan mak,” katanya.

Dalam pada itu, Achey juga meluahkan rasa rindu untuk bertemu ibunya namun dia memahami keadaan hospital dan pandemik membataskan aktiviti lawatan di hospital.

“Rindu tapi saya faham, tak boleh lawat. Ada juga konon-konon bagi hint kepada doktor tetapi memang tak boleh. Kesihatan dan keselamatan itu lebih penting,” katanya.

Achey juga dalam masa yang sama turut membeli mesin oksigen mudah alih sebagai langkah keselamatan sekiranya ibunya dibenarkan pulang tidak lama lagi.

“Walaupun mahal, saya sanggupkan juga. Demi kesihatan ibu dan kami yang lain juga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya