Masak singgang mudah untuk disediakan. Kalau tekak terasa pahit atau kurang sihat, sajian singgang inilah selalu menjadi pilihan untuk dimakan. Kalau jemu makan ikan singgang, apa kata tukar kepada tulang rusuk gaya Kelantan. Menurut Afy AL Habibi terdapat dua jenis singgang cara masak orang Kelantan. Jenis yang pertama adalah kuah singgang berwarna cerah. Manakala satu lagi jenis adalah kuah singgang berwarna merah seperti resipi yang dikongsikannya ini. Perbezaan kedua jenis singgang ini adalah dengan menambah cili kering sebagai salah satu bahannya. Mana lagi sedap? Semuanya terpulang kepada citarasa setiap individu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya