Remy Ishak kahwin Sabtu ini - Utusan Malaysia

Remy Ishak kahwin Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Remy Ishak, 39 bakal menamatkan zaman bujangnya bersama usahawan, Ezza Yusof, Sabtu ini.

Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak mengesahkan perkara itu menerusi sebuah rancangan televisyen di Astro Ria.

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju dan kalau tiada aral melintang, majlis akan berlangsung pada Sabtu ini, insya-Allah.

“Pernikahan akan berlangsung di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan kehadiran beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kalau boleh saya memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, insya-Allah kami akan buat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN