PETALING JAYA: Pelakon kesayangan ramai, Remy Ishak, 40 selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan, Ezza Yusof sebentar tadi.
Perkembangan itu dikongsikan individu rapat kepada Ezza, Julieanaanna menerusi Instastorynya sebentar tadi.
Kedua pasangan manis mengenakan persalinan serba putih.
Majlis berlangsung sederhana di Masjid Negara dengan kehadiran terhad kepada keluarga dan kenalan terdekat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.