“Rasa dunia ini macam sesepi-sepinya, ini yang dinamakan takdir” - Utusan Malaysia

“Rasa dunia ini macam sesepi-sepinya, ini yang dinamakan takdir”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bapa penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham Siti Sarah, Raissuddin hilang kata-kata sebaik menerima perkhabaran duka pemergian anaknya yang menghadap Ilahi, Isnin pagi lalu.

Katanya, apa yang terjadi adalah satu ketentuan yang sudah ditetapkan oleh Allah.

“Bukan rancangan kita atau siapa-siapa. Ini yang dinamakan takdir, ketentuan dan nasib. Bila berlakunya perkara ini saya tidak dapat dan tidak tahu nak berkata apa-apa.

“Pada malam Shuib datang jumpa saya, dia melutut sambil berkata Siti sudah tiada. Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya. Kalau saya nak bagitahu macam mana perasaan ini, tuan-tuan lebih faham.

“Kalau dulu, wartawan bertanyakan tentang kemenangan pertandingan yang Sarah sertai, mudah bagi saya nak menjawab, tapi yang ini memang payah,” ujarnya dengan sebak.

Raissuddin berkata demikian ketika ditanya media pada malam kedua majlis tahlil dan bacaan yassin yang diadakan malam Selasa.

Dalam pada itu, bapa penyanyi Sandarkan Pada Kenangan mengajak orang ramai terus memanjatkan doa buat anaknya.

“Marilah kita sama-sama doakan Sarah agar dia tenang di sana. Kita hanya dapat mengenang sahaja kerana dia tidak akan kembali lagi,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya