PETALING JAYA: Aktivis terkenal, Caprice memberitahu bahawa dia terpaksa mengambil satu lagi suntikan vaksin Covid-19 sebelum dibenar pulang ke tanah air.
Caprice berkata demikian menerusi satu perkongsian di Instastorynya baru-baru ini.
“Salam semua, saya ada berita buruk. Sebelum balik Malaysia, saya perlu dapatkan satu lagi suntikan vaksin Pfizer.
“Sesiapa ingat lagi suntikan vaksin pertama saya di Malaysia memang huru hara.
“Ini dekat negara Arab pula. Jadi harapnya Caprice, awak jangan buat hal,” katanya.
Perkongsian Caprice itu sekaligus memadam persoalan ramai yang selama ini berteka teki tentang kepulangan penyanyi rap ini ke tanah air.