“Ramai yang nak tahu keadaan saya sebenar…” -Abang Siti Sarah kongsi keadaan kesihatan - Utusan Malaysia

“Ramai yang nak tahu keadaan saya sebenar…” -Abang Siti Sarah kongsi keadaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Abang kepada penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous, tampil berkongsi keadaan kesihatannya yang masih di hospital susulan dijangkiti virus Covid-19.

Menurut Firdous, organ paru-paru bahagian kanannya sudah rosak serta bahagian kiri juga dijangkiti di bahagian belakang.

Bagaimanapun, dia percaya akan kembali pulih dengan izin yang Allah, walaupun mengambil masa tiga ke empat bulan untuk sembuh daripada penyakit tersebut.

“Ramai yang nak tahu keadaan saya sebenar. Maaf saya tidak dapat nak membalas satu persatu. Allah Maha Besar dan saya bersyukur dengan apa yang berlaku.

“Paru-paru kanan saya rosak. Paru-paru kiri saya kena sikit di bahagian belakang. Tetapi Alhamdulillah, saya boleh pulih InsyaAllah dengan izin Allah. Ambil masa mungkin tiga ke empat bulan.

“Saya pakai oksigen pun dah dikurangkan pada 10 ke sembilan. Alhamdulillah syukur sangat. Maaf saya tidak dapat balas, ada kala saya sihat, ada kala saya kurang tenaga,” kongsinya di Facebook.

Kini, Ahmad Firdous sudah dipindahkan ke Hospital Pantai Bangsar selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Serdang, Selangor, sejak awal Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya