Najman sah positif Covid-19, dinasihat guna bantuan oksigen - Utusan Malaysia

Najman sah positif Covid-19, dinasihat guna bantuan oksigen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penyampai radio Sinar FM, Najman Mohamed, disahkan positif Covid-19 dan kini dinasihatkan untuk menggunakan bantuan pernafasan kerana kekurangan oksigen dalam badan.

Khabard yang dikongsinya menerusi entri Facebook turutfa memaklumkan dirinya dijangkiti wabak berkenaan selepas menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) di salah sebuah hospital.

“Demam melampau, tahap oksigen bawah 92 peratus, atas nasihat doktor guna oksigen. Ya Allah sembuhkan penyakit hamba-Mu, Ya Rabb,” tulisnya di Facebook.

Menerusi hantaran Najman sebelum ini, dia juga memaklumkan isteri tercintanya, Ummi Sofia, serta anaknya, Amirul Akidd turut disahkan positif Covid-19.

Menurut Najman, isterinya kini berada di tahap empat dan kini masih diberikan bantuan pernafasan kerana paras oksigen dalam tubuh badan tidak stabil.

Justeru itu, dia memohon orang ramai agar mendoakan keluarganya diberikan kekuatan dan kesembuhan daripada wabak berkenaan.

“Setelah ujian PCR keluar hari sabtu, 14 Ogos lepas, Allahu positif. Bertahan kuarantin di rumah, hari Isnin pagi buat senaman paru-paru seterusnya rasa lain macam. Terus petang baru dapat katil.

“Sampai sahaja, terus buat X-ray dan City Scan. Ya Allah, dah tahap tiga. Selain itu, cinta hatiku di tahan wad hari jumaat, 13 Ogos. Keadaannya dah tahap empat, sehingga hari ini oksigen tidak stabil serta diberikan bantuan oksigen.

“Anakanda saya pun positif dan kuarantin di rumah. Mohon doakan kami diberikan kekuatan serta kesembuhan. Duduk di rumah, virus ini tidak nampak dan bergerak tetapi manusia yang menggerakkannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya