Naim pertahan kenyataan anti-vaksin tak tahu malu - Utusan Malaysia

Naim pertahan kenyataan anti-vaksin tak tahu malu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel,23, kecewa kerana masih ada kalangan masyarakat yang bersikap sambil lewa dan menolak suntikan vaksin untuk Covid-19 selain berbangga bergelar anti-vaksin.

Menurut Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, perkara itu dianggap tidak seharusnya berlaku kerana pengambilan vaksin merupakan satu ikhtiar hidup untuk melindungi diri dan orang sekeliling.

“Lebih menyedihkan ada pula antara mereka itu, sudahlah menolak vaksin, pula itu mengambil kesempatan terhadap kelebihan yang diberikan kepada penerima vaksinasi lengkap.

“Memang ia satu pilihan dan hak masing-masing. Tetapi demi melindungi diri dan orang sekeliling, ia menjadi perkara wajib. Sekarang ini pun, bukannya kita kekurangan informasi mengenai vaksin, semuanya di hujung jari. Ambil tahu.

“Kita ini dalam usaha nak membanteras Covid-19. Jadi, janganlah pentingkan diri. Jadilah individu yang bertanggungjawab,”katanya.

Naim berkata demikian semasa ditemui pada sidang media program amal COVAid #BaikSemula yang diadakan secara virtual, semalam.

Naim juga sebelum ini memuat naik status di Twitter menyindir golongan anti-vaksin sebagai tidak tahu malu kerana ingin kelebihan seperti penerima vaksinasi lengkap.

Selain itu, menurut Naim, sekiranya golongan anti-vaksin ini terus berdegil dengan ‘kepercayaan’ mereka tersebut, ia dibimbangi dapat menganggu dan memberi kesan kepada rakyat lain yang telah berusaha untuk meraih kehidupan normal semula.

Dalam pada itu, pelakon ini turut memberitahu dia akan menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan info dan mesej positif.

“Sebagai seorang yang dikenali, saya selalu ingatkan diri bahawa kita bukan sahaja penghibur dan selebriti tapi kita kena jalankan tanggungjawab kepada peminat serta penyokong.

“Saya mahu sampaikan mesej yang sepatutnya sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, menyebarkan perkara yang baik.

“Jadi, saya harap semua rakan selebriti gunakan platform untuk buat benda baik. Tiada bayaran untuk buat sesuatu yang baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya