“Mohon tolong hentikan kongsi dan padam perkongsian tersebut”- Shuib minta henti kongsi rakaman suara - Utusan Malaysia

“Mohon tolong hentikan kongsi dan padam perkongsian tersebut”- Shuib minta henti kongsi rakaman suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu memohon orang ramai agar tidak menyebarkan satu rakaman suara yang dikaitkan dengan isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang tular baru-baru ini.

Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad menerusi satu entri di Instagram memberitahu rakaman tersebut bukan menerangkan keadaan Siti Sarah yang terkini, tetapi selepas penyanyi itu selamat melahirkan pada enam Ogos yang lalu.

“Asalamualaikum semua. Berkenaan voice note (rakaman suara) yang tular tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos.

“Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi dan padam perkongsian tersebut di mana-mana platform media sosial.

“Keadaan terkini, Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan kembali.

“Saya juga mendoakan kepada semua dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya.

Rakaman suara berdurasi 1 minit 16 saat itu menjadi tular di media sosial dan dikhuatiri menimbulkan kekeliruan tentang keadaan penyanyi kesayangan ramai itu yang kini sedang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya