Mana satu yang betul, Scha Ellinea? - Utusan Malaysia

Mana satu yang betul, Scha Ellinea?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, apabila pelakon, Scha Elinnea mula memadam gambar seksinya, Poklip anggap itu salah satu cara untuk dia hadir dengan penampilan baharu. Tidaklah dapat komen-komen yang seram Poklip nak baca.

Tetapi lain pula kisahnya bila dia dikatakan masih memuat naik gambar-gambar seksi. Bertentangan dengan kenyataan baru-baru ini. Jadi peminat mula bertanya, mana satu betul ni?

Yalah, kalau baca ruangan komen pun, ramai peminat yang mempersoalkan langkah baik Scha sebelum ini. Katanya tidak lagi mahu seksi, tetapi sekarang masih sama. Tetap dengan pakaian dan gaya mengundang.

Poklip tidak kenal rapat dengan Scha sebenarnya, jadi untuk kita menasihati lebih-lebih, nanti berkecil hati. Cuma kalau sudah berlayar, biarlah sampai ke destinasi. Jangan dek ombak memukul, terus berpatah balik.

Bab seksi, sebelum ini ramai yang sudah menasihat dan menegur. Mungkin Scha sendiri juga sudah lali dengan teguran dan nasihat ini. Apatah lagi kalau ada yang menegur secara biadab dan tak kena gaya.

Terpulang kepada Scha untuk kekal dengan imej sekarang atau tidak. Kita tidak boleh tentukan, itu hak dia. Tetapi Poklip percaya, Scha punya perancangan sendiri yang lebih baik untuk dirinya.

Lagipun sekarang, wajah Scha semakin mendapat tempat. Tukar mana saluran pun, ada drama lakonannya. Itu petanda baik. Lakonan Scha pun tidak kayu walaupun usia dalam industri baru setahun jagung.

Kepada Scha, teruskan usaha untuk menjadi pelakon yang disegani. Bukan kerana kontroversi dan cerita sensasi. Okay? Yang penting jangan sombong!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya