Lebih 300 orang solat jenazah ghaib buat Allahyarham Siti Sarah di Mekah - Utusan Malaysia

Lebih 300 orang solat jenazah ghaib buat Allahyarham Siti Sarah di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 300 orang telah mendirikan solat jenazah ghaib buat penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham Siti Sarah di Masjid daerah Mekah selepas waktu Zuhur, Arab Saudi, semalam.

Khabar itu dimaklumkan sendiri oleh Ustaz Haji Suhaimi pada majlis bacaan tahlil dan yassin Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menerusi aplikasi Zoom selepas waktu Isyak, Malaysia.

“Shuib, Alhamdulillah. Kami telah solat jenazah ghaib untuk Almarhumah dan saya juga telah meminta saudara di Mekah untuk turut solat sama.

“Dalam masa sama beliau juga telah memohon kepada Imam Masjid di daerah Mekah untuk melakukan perkara yang sama.

“Alhamdulillah selepas Zuhur waktu di sana (Mekah) lebih 300 orang telah solat jenazah ghaib bersama. Alhamdulillah,” ujarnya.

Sementara itu, Shuib hanya mampu mengucap syukur dan berasa senang hati dengan khabar baik untuk isteri yang dianggapnya sebagai “ketua bidadari syurga”.

Pada majlis yang dipimpin oleh Ustaz Tarmizi Rahman, lebih 600 rakan industri hiburan termasuk pengamal media turut serta dalam majlis mulia itu.

Untuk rekod, awal pagi Isnin, penyanyi Kesetiaan, telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas berperang nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Kemudian, jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan selepas waktu Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya