KUALA LUMPUR: Sempena bulan kemerdekaan Malaysia tahun ini, kumpulan rock tempatan, Bunkface melancarkan single terbaharu mereka berjudul, Kita Punya Malaysia versi akustik.
Mengambil kira suasana kemerdekaan tahun ini di mana negara masih lagi berperang dengan wabak Covid-19, Bunkface mengambil langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai.
“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotisma dalam kalangan peminat dan pendengar muzik kami.
“Walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,” ujar Bunkface lirik lagu ini ditulis oleh vokalis kumpulan, Sam.
Lagu Kita Punya Malaysia versi akustik itu telah dilancarkan pada pukul 12 pagi 27 Ogos lalu di seluruh platform rasmi Bunkface.
Sebagai informasi, lagu asal Kita Punya Malaysia pernah menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 dan 2019.