Kedutaan Ukraine hasilkan video ucap selamat menyambut kemerdekaan Malaysia - Utusan Malaysia

Kedutaan Ukraine hasilkan video ucap selamat menyambut kemerdekaan Malaysia

OLEXANDER NECHYTAYLO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Ukraine di sini dan warga Ukraine mengambil inisiatif menghasilkan video kreatif sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-64.

Video ucapan berdurasi 1.55 minit yang dipaparkan di laman Facebook rasmi Kedutaan Besar Ukraine itu diselangi dengan alunan lagu patriotik ‘Saya Anak Malaysia’.

Di awal video tersebut, Duta Besar Ukraine di Malaysia, Olexander Nechytaylo mengucapkan selamat hari merdeka kepada seluruh warga Malaysia.

Ia berlatar belakang Menara Berkembar Petronas.

Hubungan Malaysia dan Ukraine terjalin sejak 3 Mac 1992 dan Malaysia adalah antara negara terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya