PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak terkenal, Achey memaklumkan ibu kesayangannya yang masih berada di Hospital Segamat, Johor akibat jangkitan virus Covid-19 dan kini dalam keadaan tidak stabil.
Menerusi entri Instagram, Achey memberitahu khabar tersebut pagi tadi sekali gus meminta orang ramai menitipkan doa buat ibunya yang sedang berjuang melawan virus tersebut.
“Jika ada ruang dalam doa kalian, selitkan doa untuk mak saya, Ngaisah Hassan.
“Buat masa ini, keadaan mak sangat tidak baik,” coretnya ringkas di Instagram.
Terdahulu, pelawak itu berkongsi khabar duka apabila tiga ahli keluarga iaitu ibu, abang serta kakaknya disahkan positif Covid-19.
Kemudian, dia juga memberitahu tiga ahli keluarganya yang lain iaitu adik, anak buah (berusia lingkungan dua tahun) serta ibu bapa kanak-kanak itu disahkan positif Covid-19.