“Keadaan Ayash stabil, sebulan lebih lagi dia akan balik ke rumah” -Shuib - Utusan Malaysia

“Keadaan Ayash stabil, sebulan lebih lagi dia akan balik ke rumah” -Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, berkongsi keadaan anak keempatnya, Ayash Affan yang baru berusia beberapa hari yang  masih berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kelahiran pra matang.

Menurut Shuib, dia terpaksa akur tidak dapat bertemu dengan bayinya semalam, ekoran keadaan di sana yang berisiko tinggi untuk melawat.

Bagaimanapun, pihak hospital akan mencuba memberikan gambar terkini bayinya tersebut yang masih berada dalam inkubator.

“Sepatutnya hari ini (semalam) dapat berjumpa dengan Ayash. Tetapi pengarah HUKM berbincang dengan para doktor mereka. Keadaan di sana tidak berapa baik dan berisiko tinggi.

“Jadi lebih selamat, mereka menunda dahulu. Namun mereka akan cuba memberi gambar Ayash. Saya nak sangat melihat dia, jadi mereka cuba dapatkan esok (hari ini). Apabila keadaan Ayash dah baik dan hanya duduk dalam inkubator sahaja, mereka akan mengambil gambarnya.

“Bagaimanapun, keadaan dia kini stabil. Ayash akan berada di hospital mungkin sebulan lebih lagi, InsyaAllah dia akan balik ke rumah,” katanya menerusi aplikasi Zoom.

Mengulas lanjut, Shuib turut memberitahu ramai di kalangan kenalannya menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan kepada Ayash Affan, antaranya pelakon Syatilla Melvin. Namun, dia masih berfikir serta mendapatkan nasihat para agamawan terlebih dahulu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya