KUALA LUMPUR: Isteri pengacara dan pelakon, Issey Fazlisham, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan cahaya mata pertama pada pukul 1.48 petang hari ini.
Berita gembira itu dikongsi Issey menerusi Instagramnya sambil menggendong si manja dengan berlatarkan bendera Malaysia.
“Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama. Puteraku, semoga menjadi anak yang soleh dan bebakti kepada keluarga, agama dan negara. Selamat Hari Kebangsaan sayang, anak Merdeka,” coret Issey.
Menjengah ruangan komen, majoriti memanjatkan doa dan kesyukuran di atas cahaya mata Issey dan isteri. Dapat juga dilihat rakan selebriti, Didie Alias turut meninggalkan komen sambil meletakkan nama buat si kecil.
“Masya-Allah tahniah Issey, Mohd Merdeka,” tulisnya.
Untuk rekod, pasangan Issey dan isteri selamat mendirikan rumah tangga pada Disember 2019.