PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara, Mimie haris menitipkan kata nasihat buat warganet terutama pengikutnya di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran video pendek tersebut, penyanyi lagu Sastera Kupu-Kupu itu menasihati agar kita menghargai kasih sayang seseorang sementara mereka masih ada bersama kita.
“Kalau ada orang yang sayangkan kita, hargailah sebelum orang itu tiada.
“Sebelum nanti bila dia itu sudah tiada, baru nak teringat. Dah tiada guna,” tuturnya ringkas di Instagram.
Dalam pada itu, dia turut berpendapat walaupun kasih sayang dan menghargai seseorang sering diambil mudah, namun sukar untuk melakukan perbuatan tersebut.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat yang diluahkan pengacara tersebut.
“Setuju sangat-sangat, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna,” komen seorang pengikutnya menerusi perkongsian berkenaan.