"Kak Sarah janji nak nyanyi untuk majlis perkahwinan Sha" -Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

“Kak Sarah janji nak nyanyi untuk majlis perkahwinan Sha” -Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon popular, Uqasha Senrose, meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan semula perbualannya bersama penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, menerusi Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, dia yang bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Kamal Adli, berasa sedih apabila hajatnya untuk melihat penyanyi itu membuat persembahan di majlis perkahwinannya tidak kesampaian.

“Salam takziah kepada abang Shuib dan anak-anak. Ya Allah berita yang sangat mengejutkan, Kak Sarah. Arwah orang yang sangat baik.

“Ya Allah, sukar untuk saya untuk terima kenyataan ini. Kak Sarah janji nak menyanyi untuk majlis perkahwinan Sha.

“Subhanallah, semoga rohnya ditempatkan di golongan orang yang beriman. Awak akan dirindui,” coretnya di Instagram.

Menerusi entri yang sama, Uqasha sempat memuat naik beberapa tangkap layar perbualannya bersama Allahyarham Siti Sarah, berkenaan keiinginannya untuk melihat penyanyi tersebut membuat persembahan di majlis perkahwinannya akan datang.

“Akak boleh tak, nak tanya bayaran Kak Sarah satu lagu? Teringin nak akak nyanyi majlis perkahwinan saya,” tanya Uqasha.

“Untuk awak ke? Kalau awak free sahaja. Awakkan adik kakak,” kata arwah menerusi perbualan di Instagram.

Pagi tadi, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN