KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak tepat pukul 12:40 tengahari tadi.
Jenazah dibawa ke tanah perkuburan dengan menaiki van jenazah.
Sepasukan anggota polis dikerah berkawal di perkarangan tanah perkuburan.
Difahamkan hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam tanah perkuburan.