Jeff Smith dihukum enam bulan penjara akibat dadah - Utusan Malaysia

Jeff Smith dihukum enam bulan penjara akibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon tampan, Jeff Smith dihukum enam bulan penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Selain itu, Jeff atau nama sebenar Mark Jeffrey Smith, 23, juga diarahkan menjalani tempoh rehabilitasi selama enam bulan.

Lapor portal Liputan6, Keputusan itu dibacakan pendakwa raya dalam perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Jakarta Barat.

“Jeff Smith dibuktikan bersalah melakukan perbuatan jenayah menggunakan dadah kumpulan satu ke atas diri sendiri seperti yang didakwa.

“Dua, hukuman enam bulan penjara (setelah dikurangkan) dijatuhkan ke atas defendan. Mahkamah juga menetapkan defendan perlu menjalani rawatan dan rehabilitasi selama enam bulan Agensi Dadah Negara Lido,” kata pendakwa raya membaca keputusan.

Mahkamah memutuskan untuk mengurangkan tempoh tahanan seperti yang ditetapkan.

Jeff ditahan pihak berkuasa pada 15 April lalu selepas disahkan memiliki dan berada dibawah pengaruh dadah jenis ganja hasil ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya.

Dia mengaku sudah menggunakan dadah berkenaan selama dua tahun.

Pelakon berdarah campur Indonesia dan Amerika Syarikat ini mula dikenali menerusi drama Romeo & Juminten pada 2016.

Pada tahun yang sama, namanya dalam industri hiburan Indonesia melonjak selepas membintangi filem Koala Kumal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya